awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Esteban puas hati dengan prestasi JDT

Bernama
Bernama
30/07/2023
03:37 MYT
Esteban puas hati dengan prestasi JDT
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari puas hati dengan prestasi semua pemainnya susulan kejayaan menewaskan pasukan Selangor FC 2-0 malam tadi.
ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari puas hati dengan prestasi semua pemainnya susulan kejayaan menewaskan pasukan Selangor FC 2-0 malam tadi.
Kata jurulatih kelahiran Argentinia itu, ia merupakan perlawanan yang amat mencabar, apabila menghadapi lawan yang kuat.
"Perlawanan yang cukup mencabar sebagaimana yang saya katakan sebelum perlawanan. (Namun) Kita tampil dengan persediaan untuk ke final, kadangkala amat sukar untuk membaca perlawanan sebegini, tapi saya gembira dengan persembahan pasukan kami.
"Kami mengawal perlawanan sejak permulaan sehingga akhir. Menang ada beberapa peluang yang terlepas kerana terlalu ramai pemain yang berada di bahagian pertahanan," katanya dalam persidangan media di sini malam tadi.
Beliau turut memuji penyerang JDT baharu, Heberty Fernandes, yang berjaya menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya semasa permainan memasuki separuh masa kedua.
"Heberty masih baru, kita perlukan lebih ramai pemain seperti dia, dia juga perlukan masa memandangkan baru sampai ke sini dan dia adalah pemain yang perlu kita bentuk. Saya gembira dia dapat jaringkan gol," katanya.
Sementara itu pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan persembahan dan semangat yang ditunjukkan pasukannya meskipun tewas di tangan pasukan teratas liga.
Beliau berkata, persembahan yang ditampilkan anak buahnya yang cuba untuk menyekat kemaraan JDT harus dipuji meskipun mengakui kehebatan dan kelincahan pasukan lawan itu.
"Memang perancangan hari ini cuba nak curi satu mata di sinilah, tetapi secara keseluruhan saya lihat pemain kita cukup disiplin dan berada di tahap yang berlainan dan kita tahu JDT dari segi kemahiran cukup tinggi, sebab itu kita tidak dapat mengawal perlawanan.
"Kehilangan Mickey (Mohamad Faisal Halim) memang sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan tetapi ini adalah lumrah dalam bola sepak, ada pemain yang direhatkan dan ada yang mengalami situasi tonggak utama cedera dan sebagainya," katanya.
Tan berkata, hasrat kelab itu adalah untuk kekal di tangga kedua, justeru Selangor FC perlu memantapkan lagi permainan pada masa hadapan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Esteban Solari
#Ketua Jurulatih JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan