awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bil elektrik lebih terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga
MALAYSIA
Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun - JPJ
DUNIA
Cuaca buruk ganggu penerbangan di Sydney, amaran banjir dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

E-sukan memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2025
12:05 MYT
E-sukan memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi
Simon Lim Swee Teck berkata e-sukan melangkaui batas hiburan sosial dan kini setanding dengan sukan lain dari segi tuntutan prestasi, pengurusan dan pengorbanan masa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dunia e-sukan tidak lagi boleh dianggap sekadar hobi atau aktiviti santai bagi golongan muda, sebaliknya, ia kini berkembang pesat menjadi sebuah industri yang menuntut komitmen sepenuhnya, ketahanan mental dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pemain.
Menurut Pemilik Bersama pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG OG), Simon Lim Swee Teck, e-sukan melangkaui batas hiburan sosial dan kini setanding dengan sukan lain dari segi tuntutan prestasi, pengurusan dan pengorbanan masa.
"Ramai orang masih fikir e-sukan ini hanya untuk suka-suka, tapi realitinya jauh lebih mencabar. Kami sebagai pengurus pasukan bukan saja perlu jaga prestasi pemain, tetapi juga kebajikan mereka dan mencari dana untuk pasukan. Ini satu tanggungjawab yang berat,” katanya pada Dialog Anak Muda, di sini pada Jumaat.
Simon menegaskan bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemain profesional, keutamaan harus diberi kepada aspek disiplin dan kerja keras.
"Kunci utama nak jadi pemain profesional adalah disiplin dan kerja keras. Tak cukup sekadar pandai bermain saja.
"Kita bercakap tentang 2 juta pemain yang memuat turun permainan ini, tapi hanya sekitar 100 orang yang betul-betul berada dalam liga profesional. Peratusannya sangat kecil,” jelasnya.
Tambah beliau, salah satu cabaran utama dalam e-sukan ialah tekanan mental terutamanya daripada kecaman netizen apabila berlaku kekalahan.
"Ramai pemain muda gagal bertahan bila dikecam. Mental tak kuat, terus tak nak main. Jadi dari awal lagi kita kena bentuk kekuatan mental. Sebab itu kita tekankan profesionalisme, komitmen dan mindset yang betul,” ujarnya lagi.
Simon turut berkongsi bahawa pengurusan pasukan e-sukan kini merangkumi pelbagai aspek termasuk perancangan latihan, penjagaan kesihatan mental pemain serta kerjasama dengan penaja.
"E-sukan adalah industri yang sangat kompetitif. Kita perlu serius dan melatih pemain supaya bersedia dari semua sudut, bukan sahaja dari segi permainan," katanya.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#anak muda '
#e-sports
#e-sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami