awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro B21: Aksi cemerlang James Trafford pastikan England muncul juara

Astro Arena
Astro Arena
09/07/2023
00:57 MYT
Euro B21: Aksi cemerlang James Trafford pastikan England muncul juara
James Trafford (tengah) bersama rakan sepasukan Cameron Archer (kiri) dan Curtis Jones meraikan kemenanan dalam perlawanan Euro B21 antara England dan Sepanyol di Stadium Batumi Arena, Batumi, Georgia, 8 Julai 2023. (Foto AP)
JAMES Trafford menyelamatkan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membantu England merangkul juara Kejuaraan Eropah Bawah 21 Tahun England buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun selepas mereka mengatasi Sepanyol.
Penjaga gol Burnley itu menangkis sepakan penalti Abel Ruiz, diberikan selepas semakan VAR pada minit keenam masa tambahan, dan kemudian menghalang percubaan susulan pemain gantian, Aimar Oroz pada penghujung aksi yang penuh dramatik di Arena Batumi, Georgia.
Usaha cemerlang ditampilkan Trafford menjadikan dirinya pemain pertama yang mengekalkan enam rekod tanpa bolos pada pusingan akhir untuk membantu pasukannya meraih kegemilangan hasil kemenangan 1-0, tidak dibolosi satu jaringan sekalipun pada kejohanan itu.
Pemain Liverpool, Curtis Jones, memberikan England, bermain di hadapan pengendali skuad utama England, Gareth Southgate, gol pendahuluan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila menampan masuk sepakan percuma Cole Palmer yang melepasi penjaga gol, Arnau Tenas.
Ia merupakan gelaran ketiga dan yang pertama sejak 1984, diperoleh skuad muda England di Georgia, yang menyaksikan jurulatih England, Ashley Cole dan salah seorang rakan sejawatnya dari Sepanyol, serta pemain tengah, Morgan Gibbs-White dan Antonio Blanco dari Sepanyol, diarah meninggalkan padang.
Topic Berkaitan
#James Trafford
#England
#Euro B21
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan