awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Everton pecat Frank Lampard

Astro Arena
Astro Arena
24/01/2023
01:00 MYT
Everton pecat Frank Lampard
Frank Lampard mengambil tempat duduk sebelum perlawanan EPL antara Manchester City dan Everton di Stadium Etihad, Manchester, England, 31 Dis 2022. - Gambar fail AP
FRANK Frank Lampard dipecat oleh Everton -- tidak sampai setahun mengemudi kelab itu yang sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut Stats Perform.
Lampard dilantik sebagai pengganti Rafael Benitez pada 31 Januari 2022 tetapi tidak sampai 12 bulan kemudian, Everton bertindak mengintai khidmat pengurus lain.
Bekas pengurus Chelsea itu berjaya mengekalkan Everton dalam saingan utama musim lalu menerusi kebangkitan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan kedua terakhir.
Namun, Everton terus dibelenggu masalah serupa dalam kempen kali ini dan selepas 20 perlawanan, mereka menduduki tangga ke-19 dengan memungut 15 mata termasuk kekalahan 0-2 kepada West Ham, kelmarin.
Mereka tewas lapan daripada sembilan perlawanan terakhir, sekali gus mencalarkan lagi maruah Lampard yang hanya mengumpul sembilan kemenangan dalam 38 perlawanan dengan 59 kali dibolosi.
Pengurus seterusnya akan menjadi pelantikan tetap ketujuh Everton sejak era Farhad Moshiri yang melabur di kelab itu sejak 2016.
Topic Berkaitan
#Frank Lampard
#Everton
#pecat
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan