awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Lewis Hamilton tidak tolak Max Verstappen sapu bersih baki perlumbaan

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2023
03:50 MYT
F1: Lewis Hamilton tidak tolak Max Verstappen sapu bersih baki perlumbaan
Lewis Hamilton khuatir bahawa Max Verstappen berpeluang tinggi memenangi kesemua baki 10 perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.- Gambar fail/AP
LEWIS HAMILTON khuatir bahawa Max Verstappen berpeluang tinggi memenangi kesemua baki 10 perlumbaan musim ini sambil percaya penguasaan hebat pengendali Belanda itu mampu bertahan sehingga 2026.
Berikutan rehat musim panas selama empat minggu, aksi Formula Satu (F1) bersambung hujung minggu ini di laman Verstappen, Belanda.
Verstappen telah memenangi lapan perlumbaan terakhir dan dia akan menyamai rekod sembilan kali milik Sebastian Vettel ketika bersama Red Bull pada 2013 sekiranya mengungguli perlumbaan hujung minggu ini di depan penyokong sendiri.
Penguasaan jentera dan prestasi terbaik juara dunia dua kali itu bukan sahaja di paddock, malah Red Bull berkesempatan muncul selaku pasukan pertama yang mengharungi kempen semusim tanpa kalah.
“Wujud peluang tinggi bahawa dia (Verstappen) akan memenangi setiap perlumbaan,” kata pemandu Mercedes berusia 38 tahun itu.
“Dia tidak melakukan sebarang kesilapan dan pasukannya pula tidak melakukan banyak kesilapan tahun ini. Mereka mungkin memenangi segala-galanya.
“Tetapi pada tahun ini, jurang kami mungkin akan makin rapat dan lambat-laun kami berharap dapat mencabar mereka sama ada hujung minggu ini atau sesiapa tahu di mana?
"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kemalangan, kami sedia memanfaatkannya.”
Verstappen mendominasi sejak peraturan F1 dirombak pada awal musim lalu dengan mencipta pendahuluan selesa sebelum rehat di Belgium yang merupakan kejayaan ke-10 daripada 12 yang dirangkulnya setakat ini dan juga yang ke-19 daripada 23 perlumbaan terakhirnya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lewis Hamilton
#F1
#Max Verstappen
#Red Bull
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan