awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Mclaren Mercedes tutup aksi 2024 selaku juara pengeluar

Astro Arena
Astro Arena
09/12/2024
04:36 MYT
F1: Mclaren Mercedes tutup aksi 2024 selaku juara pengeluar
Secara keseluruhan pasukan Mclaren Mercedes menutup aksi musim 2024 dengan mengumpul 666 mata untuk berada di tangga teratas carta kedudukan pengeluar. - Stadium Astro
MCLAREN Mercedes akhirnya menafikan segala usaha yang cuba di lakukan oleh pasukan Ferrari untuk menutup aksi perlumbaan musim ini selaku juara dalam kategori pengeluar selepas menamatkan pusingan akhir perlumbaan di Abu Dhabi selaku juara keseluruhan semalam.
Ia susulan kemenangan yang dicatatkan oleh Lando Norris sekalipun dua pemandu Ferrari, Carlos Sainz dan Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di Grand Prix Abu Dhabi di kedudukan kedua dan ketiga.
Secara keseluruhan pasukan Mclaren Mercedes menutup aksi musim 2024 dengan mengumpul 666 mata untuk berada di tangga teratas carta kedudukan pengeluar dengan hanya dibezakan dengan 14 mata sahaja berbanding pesaingnya Ferarri.
Ferrari terpaksa akur untuk menutup tirai perlumbaan musim ini selaku naib juara di belakang Mclaren dengan mata keseluruhan 652.
Sementara Red Bull Racing Honda RBPT pula berada dikedudukan ketiga dengan mengumpul 689 mata secara keseluruhan.
Jumlah itu agak jauh jika dibandingkan dengan pencabar terdekat pasukan itu iaitu Mercedes yang sekadar hanya mampu mengutip 468 mata keseluruhan.
Bagaimanapun penghijrahan bekas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ke pasukan Ferrari musim depan sedikit sebanyak dilihat mungkin mampu menggugat penguasaan pasukan Mclaren Mercedes untuk bersaing kategori pengeluar.
Selepas sekian lama setia bersama pasukan Mercedes, Hamilton akhirnya memutuskan untuk berpindah kepada pasukan Ferrari selepas menikmati begitu banyak kejayaan bersama pasukan itu termasuk muncul selaku juara dunia.
Juara dunia tujuh kali itu pertama kali memenangi siri perlumbaan Formula 1 ialah pada 2007 di Grand Prix Australia.
Setahun selepas itu Hamilton mula menempa namanya selaku juara dunia pada 2008,2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan yang terakhir adalah pada 2020. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#juara kategori pengeluar
#Ferrari
#GP Abu Dhabi
#McLaren Mercedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan