PELUMBA Formula 1 pasukan Haas, Romain Grosjean terlibat dalam kemalangan yang disifatkan antara paling dramatik dan bahaya dalam sejarah Formula 1 di pusingan pertama Grand Prix Bahrain pada Ahad.
Nasib memihak kepadanya apabila berjaya keluar daripada jentera yang terbakar sebelum memanjat penghadang litar untuk menjauhkan diri daripada kenderaan berkenaan.
Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar.
Menurut pengurusan pasukan Haas, Grosjean mengalami kecederaan ringan melecur pada bahagian tangan dan pergelangan kaki.
Beliau bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan yang baik selepas mendapatkan rawatan dengan pasukan perubatan di unit kecemasan.
Susulan kejadian itu, perlumbaan dihentikan serta-merta dan pihak penganjur segera menutup rakaman kamera siaran langsung.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menyatakan kesyukuran kerana kejadian itu tidak melibatkan kematian.
“Saya sangat bersyukur Romain selamat. Wow ... risiko yang kita (pelumba F1) bukan perkara biasa, bagi anda di luar sana yang tidak tahu tentang risiko yang kami hadapi dalam industri sukan ini.
“Terima kasih kepada FIA atas tindakan pantas yang diambil terhadap Grosjean untuk memastikannya selamat daripada kejadian itu.
Agensi
Sun Nov 29 2020

Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar. Gambar/ Twitter @F1

COVID-19 | PKP di Mukim Endau dan Triang bermula 20 April
Selain itu kerajaan turut bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor berkuat kuasa 20 April sehingga 3 Mei nanti. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi (28 hari) serta mengelak penularan kes ke lokaliti lain.

Cari Duit Poket | Cucu bekas MB Terengganu berbasikal hantar makanan
Kegigihan seorang remaja perempuan yang berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lepas baru baru ini mencuri perhatian penduduk sekitar di Chukai, Kemaman. Lebih menjadi perbualan orang ramai, apabila insan tersebut adalah cucu kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Kes Naik Mendadak | Sekatan dilaksana di India
Peningkatan secara mendadak kes COVID-19 memaksa New Delhi melaksanakan semula perintah sekatan untuk tempoh seminggu. Ketua Menterinya, Arvind Kejriwal menjelaskan, perkhidmatan kesihatan di wilayah itu berdepan kesukaran untuk menerima jumlah pesakit yang ramai.

COVID-19 | 14 kluster baharu, majoriti melibatkan pendidikan
Sejumlah 14 kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada isnin sekali gus menjadikan 340 kluster masih aktif ketika ini.

COVID-19 | 2,078 kes baharu, lebih 20,000 kes aktif
Sementara itu Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.

Vaksin COVID-19 | Pasukan Harimau Malaya terima suntikan pertama
Selepas permohonan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejajar dengan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican minggu lalu, barisan pemain, jurulatih dan pegawai skuad Harimau Malaya serta pegawai FAM telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BionTech.

Isu Rohingya | Atasi dengan lebih baik, elak pertambahan pelarian
Hubungan dengan jiran boleh terjejas sekiranya isu Rohingya tidak diatasi dengan baik.

Rentas Negeri | Dibenarkan Isnin hingga khamis, jika diluluskan
Polis Diraja Malaysia memaklumkan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis yang diluluskan sahaja dibenarkan. Namun, kebenaran itu hanya bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian melibatkan ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Pelaburan | Masih ada keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pelabur asing bernilai tinggi meskipun ada pihak mendakwa sebaliknya.

Harga Ayam Mahal | CAP saran pengguna kurangkan makan ayam
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan pengguna supaya mengubah selera daripada menikmati ayam kepada menu yang lebih menyihatkan, berikutan kenaikan harga ayam di pasaran. Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata saranan itu juga sebagai salah satu langkah bagi mengelakkan pengguna terus menjadi mangsa kepada kenaikan harga ayam. Tegasnya, masih terdapat makanan lain seperti ikan dan sayuran yang terbukti baik untuk kesihatan pengguna.

Quartararo juara GP Portugal
Francesco Bagnaia menyambar kedudukan kedua manakala penyandang juara yang menggalas cabaran Team Suzuki Ecstar, Joan Mir mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Olahraga: Muhammad Arsyad miliki 'faktor X' untuk pergi lebih jauh
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

Queenie Ting pecah rekod kebangsaan lempar cakera
Queenie memadamkan rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Grace Wong pecah rekod kebangsaan
Grace Wong pecah rekod kebangsaan

GP Malaysia: 'Speedy Jantan' pilih 400m
Keputusan itu disebabkan beliau sudah lebih setahun tidak beraksi dalam acara berkenaan setelah dibelenggu kecederaan pangkal paha di kedua-dua belah kakinya.

SIC harap MotoGP Malaysia dibenarkan Oktober depan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menaruh harapan tinggi Kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia dijadual berlangsung pada Oktober depan dapat dianjurkan selepas pembatalan perlumbaan itu musim lepas

Kejohanan Grand Prix Malaysia 2021 pemanas badan
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio itu hanya mahu mendapatkan semula rentak lontarannya sebagai persediaan menuju ke Sukan Paralimpik Tokyo.

Hafizh Syahrin tidak letak sasaran tinggi pada GP Doha minggu ini
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak meletakkan sasaran tinggi dalam perlumbaan kedua di Grand Prix (GP) Doha di Litar Antarabangsa Losail, hujung minggu ini.

MotoGP: Bagnaia raih petak utama dengan rekod baru
Bagnaia membuktikan bahawa dia mampu merekodkan masa lebih baik dalam sesi kelayakan apabila mencatatkan rekod baru jentera dua roda di Litar Antarabangsa Losail.