awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: SIC sahkan dokumen tuntutan ganti rugi Haas adalah palsu

Bernama
Bernama
30/09/2017
12:50 MYT
F1: SIC sahkan dokumen tuntutan ganti rugi Haas adalah palsu
Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean (gambar) mengalami kemalangan setelah jentera dipandunya terlanggar penutup longkang semalam. - Foto Bernama
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan satu dokumen tuntutan ganti rugi sebanyak US$295,000 (RM1.24 juta) di atas nama pasukan Formula Satu (F1) Haas terhadap SIC yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.
Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean mengalami kemalangan setelah jentera dipandunya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan kedua semalam sehingga memaksa sesi berkenaan dihentikan 20 minit lebih awal.
"Saya boleh mengesahkan bahawa dokumen itu adalah palsu selepas dimaklumkan secara rasmi oleh pihak International Automobile Federation (FIA) petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Razlan seterusnya berkata pihaknya tidak merancang untuk membuat laporan polis, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadapan perlumbaan esok yang juga merupakan perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir bakal dianjurkan di SIC selepas 19 tahun.
Sementara itu, mengenai status penjualan tiket, Razlan berkata setakat pukul 5 petang hari ini, sudah lebih 70,000 tiket habis terjual dan beliau berharap jumlah itu akan meningkat pada hari perlumbaan esok untuk mencapai sasaran 80,000 tiket.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#F1
#Grand Prix
#Razlan Razali
#Sepang
#SIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan