awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC

Bernama
Bernama
07/06/2023
13:20 MYT
Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata beliau tiada masalah untuk menjadi penaung kelab bola sepak The City Boys itu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab Kuala Lumpur City (KL City) FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Abdul Samad, hari ini.
Mengesahkan perkara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata beliau tiada masalah untuk menjadi penaung kelab bola sepak The City Boys itu.
"Ya sahih...sebagai seorang Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, saya tiada halangan untuk jadi penaung kelab bola sepak ini," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Khalid berkata Fahmi yang ditemui di Parlimen hari ini bagaimanapun meletakkan syarat sebelum membuat keputusan untuk menerima pelawaan tersebut.
"Saya telah mendapat pengesahan daripada Fahmi untuk menjadi penaung pasukan KL City, dengan syarat KL City tidak boleh mendapatkan penajaan daripada mana-mana syarikat telekomunikasi, yang kini berada di bawah kementeriannya.
"Ini kerana beliau tidak mahu terhutang dengan syarikat berkenaan kerana menyumbang atau membantu KL City...jadi apa kita perlukan ialah seseorang dihormati dan disegani sebagai penaung dan kita akan usaha untuk mendapatkan penajaan lain," katanya pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai penaung KL City pada Ogos tahun lepas, selepas bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meletak jawatannya itu.
Dalam pada itu, Khalid berkata beliau sudah berjumpa Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, untuk memohon pertimbangan bagi menambah bajet persatuan daripada RM5 juta kepada RM10 juta setahun.
Beliau berkata setakat ini, bajet perbelanjaan yang digunakan KLFA ialah kira-kira RM16 juta hingga RM18 juta untuk pembangunan skuad KL City, dan pasukan di bawah naungannya termasuk aspek pengurusan persatuan.
"Saya dah jumpa Datuk Bandar Kuala Lumpur, dia pertimbangkan permohonan saya tempoh hari sebanyak RM10 juta, walaupun nilai itu masih lagi jauh berkurangan dari apa yang kita belanjakan.
"Kita juga bersetuju untuk menjadi ambassador Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan apa-apa inisiatif DBKL untuk tahun ini, termasuk KL City akan membawa kempen DBKL menjadikan "Kuala Lumpur Ke Arah Bandar Rendah Karbon" sebagai jenama," katanya.
Beliau berkata kerjasama tersebut, turut bakal membuka peluang kepada syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) sebagai penaja, selari dengan kempen yang dibawa DBKL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#penaung
#KL City FC
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan