awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faiz Subri sedia lalui perjalanan mencabar bersama Penang FC

Bernama
Bernama
07/01/2022
12:20 MYT
Faiz Subri sedia lalui perjalanan mencabar bersama Penang FC
Mohd Faiz Subri teruja untuk kembali beraksi bersama Penang FC pada musim ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri yang teruja untuk kembali beraksi bersama Penang FC pada musim ini mengakui perjalanan mencabar menantinya untuk mendapatkan kembali momentum dalam saingan kompetitif di Liga Super.
Pemain berusia 35 tahun yang dua tahun tidak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) berharap mampu mendapatkan momentum terbaiknya, memandangkan Penang FC mempunyai ramai pemain berkualiti bersaing untuk mendapatkan peluang beraksi.
"Banyak benda yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini kerana sepatutnya saya beraksi dalam Liga M3 terlebih dahulu, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, saya terpaksa tangguh niat sehinggalah akhirnya musim ini dapat tawaran bersama Penang FC.
"Tapi saya perlu masa untuk bangkit semula sebab dua tahun tidak beraksi dalam liga kompetitif, apatah lagi tahap saingan Liga Super sangat tinggi. Sebelum ini, saya hanya berlatih sendiri sahaja di rumah dan kali ini berlatih dalam satu pasukan, rasa suasana agak berbeza dan bukan senang untuk terus serasi," katanya menerusi kenyataan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Dalam masa sama, Faiz yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Kumbang selama empat musim bermula 2015-2018, mahu membuktikan kudratnya masih berbisa untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya meraih satu piala pada musim ini.
Sebelum ini, Faiz menyertai kelab Liga M3 Northern Lions FC pada musim 2020, namun liga divisyen ketiga itu dibatalkan susulan pandemik, manakala hasratnya sekali lagi terjejas atas sebab sama selepas menyertai Kuala Kangsar FC pada musim lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Faiz Subri
#Anugerah Puskas FIFA
#Penang FC
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan