KUALA LUMPUR: Rentetan beberapa insiden penyokong dan penolong jurulatih dipukul, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertekad menggandakan usaha bagi membendung apa jua bentuk keganasan dalam arena bola sepak dalam negara.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM telah bertindak mengikut saluran yang betul berhubung dua insiden pukul yang menggemparkan itu.
"Saya menyeru supaya perkara ini tidak terjadi lagi, kita cuba untuk minimumkan ataupun zero tolerance berkaitan isu hooligan. Apa yang terjadi diharap memberi pengalaman kepada kita untuk terus bendung perkara ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata secara realiti perkara sedemikian boleh terjadi bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara, biarpun terdapat peraturan yang jelas menghalang sebarang keganasan berlaku.
"FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) ataupun pihak berkuasa sentiasa ada untuk melihat perkara ini dan perketatkan (kawalan), tetapi jika sesuatu perkara itu sudah terjadi ia berada di luar kawalan," katanya.
Beliau berkata siasatan yang dilakukan FAM berhubung insiden itu masih lagi berjalan.
Sebelum ini, seorang penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City) cedera selepas dipukul pada final Piala FA 2023 membabitkan pertembungan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lepas.
Awal bulan ini pula akhbar tempatan melaporkan FAM menerima aduan daripada Selangor FC berhubung penolong jurulatihnya, Ramon Marcote dipukul pada aksi separuh akhir Piala FA bertemu JDT, Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Hamidin berkata FAM telah bertindak mengikut saluran yang betul berhubung dua insiden pukul yang menggemparkan itu. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
FAM ganda usaha bendung keganasan bola sepak - Hamidin
FAM bertekad menggandakan usaha bagi membendung apa jua bentuk keganasan dalam arena bola sepak dalam negara.