KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenal pasti, melatih dan melantik pencari bakat melibatkan semua jenis pertandingan bola sepak di seluruh pelosok negara.
FAM, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan menerusi platform Skim Pembangunan Bakat (TDS) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pencarian bakat melibatkan jurulatih serta individu yang mempunyai kebolehan tersebut.
Perkara tersebut diputuskan FAM menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan dipengerusikan oleh Datuk S. Sivasundaram, hari, ini.
Menurut kenyataan itu, TDS merupakan platform disediakan pihak FIFA kepada ahli gabungannya untuk membantu individu terlibat melakukan pencarian bakat dengan cara dan kaedah yang bersistematik.
Dalam pada itu, FAM mencapai kata putus meletakkan had umur bagi Piala Presiden daripada Bawah 21 Tahun (B-21) kepada B-20 manakala Piala Belia dari B-19 kepada B-18 selaras dengan kitaran had umur bagi pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Selain itu, program akar umbi bagi tahun 2023 turut akan diperkasa dengan matlamat mendapatkan keahlian emas Piagam Akar Umbi AFC yang mana FAM kini memegang keahlian perak.
"Liga SupaRimau B-12, B-14 dan B-16 akan dimainkan sehingga pusingan akhir peringkat kebangsaan (liga secara kompetitif) manakala bagi kategori B-6, B-8 dan B-10 akan lebih fokus ke arah pembangunan iaitu tanpa carta kedudukan liga kerana ia akan dijalankan secara konsep festival," menurut kenyataan itu.
Hasil mesyuarat turut menetapkan satu jalinan kerjasama dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) diadakan dalam penyediaan bantuan teknikal termasuk calon sesuai sebagai ketua jurulatih bagi menjalankan program berkaitan mereka.
Dalam perkembangan sama, mesyuarat turut mengesahkan jaringan gol pemain Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor FC pada 31 Julai lalu telah dihantar secara rasmi untuk pencalonan Anugerah Puskas FIFA 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
FAM, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan menerusi platform Skim Pembangunan Bakat (TDS) FIFA, pencarian bakat melibatkan jurulatih serta individu yang mempunyai kebolehan tersebut.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.