Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, hari ini.
Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu.
Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor.
Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton.
Pilihan Harimau Malaysia memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan.
"Kita harap melalui penjemaan semula ini, ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan," katanya.
Pada majlis sama, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul 'Laungkanlah' turut secara rasmi diperdengarkan kepada umum dan lagu itu akan dimainkan secara eksklusif di stesen radio ERA fm selama sebulan.
Selain itu, lagu tersebut juga akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi.
Logo rekaan Muhammad Amzar telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat dalam talian selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April lalu dalam kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac lepas.
Muhammad Amzar, ketika ditemui, berkata beliau mengambil masa selama dua hari untuk membuat kajian dan sehari untuk membuat lakaran sebelum menghantar peraduan sehari sebelum tarikh tutup peraduan.
"Saya pilih untuk membuat logo harimau dengan pandangan ke tepi berbanding logo harimau lain yang kebanyakannya pandang ke hadapan, yang mana ia juga membawa maksud pasukan akan terus maju ke depan.
"Saya juga pilih warna dari warna bendera Malaysia kecuali warna biru saya gantikan dengan warna hitam kerana hitam lebih dominan dan lebih gagah," katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.
Pilihan Harimau Malaysia, dikendalikan oleh Ong Kim Swee itu, antara lain dibarisi Lim Chan Yew, Dollah Salleh, Annuar Abu Bakar, B. Sathianathan dan Bradley John Maloney.
Dugong All Stars terdiri daripada gabungan bekas pemain profesional yang kini berkhidmat sebagai pengulas di Astro Arena, selebriti TV dan radio serta orang awam yang dipilih oleh Astro.
Dikendalikan bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan, pasukan Dugong All Stars ini menampilkan penyampai ERA fm, Johan dan Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim, Altimet, Achey Bocey, Zahid dan Joe Flizzow.
Bernama
Fri Sep 16 2016
Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton. -Bernama
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.