Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera memperbaiki kelemahan mutu pengadilan dalam usaha meningkatkan integriti dan keupayaan pengadilan tempatan.

Itulah saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang risau dengan persepsi negatif terhadap tahap pengadilan tempatan.

Selaku badan induk bola sepak negara, Shabery optimis FAM mempunyai pengalaman untuk menangani perkara ini.

Sebelum ini, pengerusi jawatankuasa pengadil tempatan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz turut memperkenalkan sistem merit, bagi memantau tahap pengadil dalam saingan Liga-M.

Mungkin semua pihak kini, wajar memberi peluang untuk melihat keberkesanan pendekatan itu.

Shabery ditemui ketika melawat ke Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.