PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghalang mana-mana kelab Liga Malaysia (Liga-M) yang mahu menaturalisasikan pemain masing-masing.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun badan induk itu menangguhkan sementara proses naturalisasi pemain untuk pasukan kebangsaan, kelab Liga-M masih boleh meneruskan usaha itu sekiranya mencukupi syarat.
"Kita (FAM) nak melihat keberkesanannya (naturalisasi untuk skuad Harimau Malaya) pada masa akan datang. Kalau sekarang ini ada mana-mana kelab ingin menaturalisasikan pemain mereka, terpulang kepada mereka kerana pemain-pemain ini akan bermain untuk kelab," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan FAM bagi mengukuhkan kerjasama dalam usaha konservasi Harimau Malaya di Wisma FAM di sini.
Media sebelum ini melaporkan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC berhasrat untuk menaturalisasikan penyerang dari Colombia, Romel Morales apabila cukup syarat lima tahun beraksi di Liga-M pada 2022, manakala Sri Pahang FC dikatakan dalam proses menaturalisasikan Lee Tuck (England).
Ditanya mengenai ketiadaan dua pemain naturalisasi - Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Mohamadou Sumareh (Gambia) - dalam skuad Harimau Malaya ke saingan Piala AFF bermula Ahad ini, Hamidin percaya dan yakin dengan keputusan dan pilihan dibuat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dan barisan teknikal skuad kebangsaan.
"Saya difahamkan daripada Cheng Hoe bahawa Liridon baru dapat bermain di satu kelab di India (Odisha FC), dan atas faktor tidak menjalani latihan intensif beberapa bulan ini, jadi beliau tak disenaraikan, satu keputusan tepat. Sumareh mungkin difahamkan ada kecederaan groin, jadi mereka menyenaraikan Arif Aiman Hanapi.
"Kalau kita lantik beliau (Cheng Hoe) sebagai ketua jurulatih, kita bagi beliau peluang. Kalau kita nak dengar (pendapat) semua pihak, semua pun tak jadi," katanya.
Sementara itu, Hamidin berkata pihaknya tiada masalah sekiranya ada kelab seperti Petaling Jaya (PJ) City FC mahu menggunakan khidmat pemain tempatan 100 peratus, tetapi menganggapnya sebagai langkah ke belakang.
"Kita perlu lihat, kelab yang mahu bertanding dalam liga ini, mereka ada KPI (petunjuk prestasi utama), ada yang nak bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC, Piala AFC, jadi mereka perlu ada pemain import," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Hamidin berkata pihaknya tiada masalah sekiranya ada kelab mahu menggunakan khidmat pemain tempatan 100 peratus, tetapi menganggapnya sebagai langkah ke belakang. - Gambar fail BERNAMA
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Aksi Malaysia-Oman sah di Bukit Jalil
FAM sahkan aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman pada 26 Mac kekal di Stadium Nasional.
'Rugi tak panggil Arif Aiman'
JDT seharusnya memainkan peranan penting memastikan tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dapat menyertai skuad Harimau Muda pada pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun.
Datuk Hamidin nafi tambah khidmat pemain naturalisasi
FAM menegaskan dakwaan tentang pemain naturalisasi bakal diambil badan induk itu dalam masa terdekat bagi memperkuat pasukan adalah palsu.
'Kalau padang SNBJ tak okey, kita main padang lain lawan Oman' - Hamidin
Hamidin Mohd Amin, mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika ini.
Kekecewaan di Qatar batu loncatan Harimau Malaya menuju kejayaan
Hamidin turut menjadikan Jepun dan Korea Selatan yang turut mengalami kekalahan serta hampir ditewaskan pada kempen kali ini sebagai contoh.
Banyak mata tertumpu kepada skuad Harimau Malaya di Qatar
"Ini merupakan satu harapan yang tinggi dan perlu dilihat sebagai satu cabaran untuk kekalkan prestasi ini dalam pertandingan seterusnya."
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.