awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM turun harga tiket Piala AFF di Stadium Nasional

Bernama
Bernama
13/12/2022
11:25 MYT
FAM turun harga tiket Piala AFF di Stadium Nasional
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura, di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dalam kenyataan hari ini, berkata, harga terkini bagi setiap aksi itu adalah RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 (premium) dan RM70 (grandstand), manakala tiket kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun kekal pada harga RM10.
FAM sebelum ini mengumumkan harga bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah RM50 bagi tempat duduk terbuka, RM70 (premium) dan RM100 (grandstand).
Noor Azman berkata, pihak Ticket Hotline akan memulakan proses pemulangan (refund) untuk amaun berlebihan bagi penyokong yang telah membeli tiket pada harga asal.
"Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, FAM membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket.
"Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa prihatin mendengar keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.
Tiket bagi kedua-dua perlawanan itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my.
Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga tiket bola
#Piala AFF
#FAM
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan