PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu mengugurkan Indonesia sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Bawah 20 Tahun (U-20) 2023 berikutan kegagalan memberikan komitmen untuk kejohanan itu,
Keputusan negara berkenaan untuk tidak mengendalikan kejohanan yang dijangka berlangsung pada 20 Mei hingga 11 Jun itu dibuat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berikutan penolakan penyertaan pasukan Israel di kejohanan tersebut oleh dua orang gabenor di republik itu.
“Disebabkan beberapa keadaan semasa, FIFA telah membuat keputusan mengeluarkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023,” kata FIFA dalam kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Reuters.
FIFA turut berkata, pengumuman negara mana yang bakal mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, tarikh kejohanan berkenaan, jelas FIFA, kekal tidak berubah.
“Kemungkinan bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap PSSI juga akan diumumkan pada peringkat seterusnya,” tegas FIFA lagi.
Badan induk bola sepak antarabangsa itu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pertemuan yang berlangsung antara Presiden FIFA, Gianni Infantinio dan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir di Doha, Qatar pada Rabu.
Baru-baru ini demonstrasi mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin diadakan di ibu negara itu, Jakarta menuntut agar pasukan bola sepak Israel tidak dibenarkan menyertai kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023.
Gabernor Bali, Wayan Koster dan Gabernor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo turut melakukan bantahan yang sama.
Indonesia merupakan negara yang memiliki penduduk Islam terbesar di dunia.
Negara itu dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan penyertaan pasukan Israel hanya diketahui pada Julai 2022.
Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya.
Media tempatan melaporkan FIFA secara rasmi membatalkan undian kumpulan Piala Dunia B-20 yang bakal diadakan pada 31 Mac di Bali.
Agensi
Wed Mar 29 2023

FIFA mengumumkan penarikan diri Indonesia sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 berikutan kegagalan memberikan komitmen untuk kejohanan itu. - Foto REUTERS

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Elavarasan boleh buat lebih baik - Mohd Yusoff
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui terkejut dengan prestasi hambar yang ditampilkan Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

FIFA ancam tidak akan siar bola sepak Piala Dunia Wanita di Eropah
Kejohanan itu akan diadakan di Australia dan New Zealand pada musim panas ini, selaku tuan rumah.

Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027

Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.

JDT amalkan bajet berhemah, kelab lain belanja lebih besar - TMJ
Meskipun dua kali bergelar Pemain Terbaik Tahunan (MVP), gaji Arif Aiman Hanapi baru mencecah RM25,000 sedangkan pemain tempatan pasukan lain ada yang menerima gaji RM80,000.

Lebih 6,000 pemohon duduki peperiksaan pertama ejen bola sepak FIFA
Badan induk bola sepak dunia FIFA menerima 6,586 permohonan daripada 138 ahli persatuan di seluruh dunia untuk menduduki peperiksaan pertama ejen bola sepak.

Ranking FIFA: Harimau Malaya berterima kasih kepada JDT, TMJ
Peningkatan prestasi pasukan negara sehingga melonjak tujuh anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA dipengaruhi antaranya JDT dan TMJ.

Harimau Malaya mampu tembus kelompok 120 terbaik dunia hujung tahun ini - Hamidin
Hamidin percaya pasukan negara akan terus mendaki ke kedudukan terbaik jika berjaya meraih keputusan positif dalam semua enam aksi.

FIFA beku sementara pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia
FIFA bagaimanapun menegaskan komitmen penuh untuk menyokong PSSI dalam proses transformasi bola sepak Indonesia.

Argentina kembali ungguli ranking pertama FIFA selepas 6 tahun
Argentina kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017.