awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA: Malaysia muncul ketiga kutip mata ranking paling tinggi

Bernama
Bernama
21/12/2023
13:15 MYT
FIFA: Malaysia muncul ketiga kutip mata ranking paling tinggi
Skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan tahun ini dengan nota yang cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).
Berdasarkan ranking Disember yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia.
Panama melonjak dengan ketara pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 dalam ranking dunia, diikuti Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.
Kedudukan terbaik skuad Harimau Malaya adalah di tempat ke-75 pada 1993, manakala kedudukan terendah penah diperoleh pasukan negara ialah kedudukan ke-178 pada 2018.
Sementara itu, juara bertahan Piala Dunia Argentina kekal di kedudukan teratas dengan 1,855.2 mata, diikuti Perancis (1,845.44) dan England ketiga (1,800.05).
FIFA turut mengumumkan bahawa kemas kini ranking berikutnya pada 15 Feb tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Bolasepak Dunia
#FIFA
#harimau Malaya
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan