PIALA Dunia 2026 akan kekal dengan format empat pasukan sekumpulan dan tidak ditukar kepada tiga pasukan sekumpulan, demikian disahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Dengan edisi yang dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu bakal menyaksikan 48 pasukan bertanding berbanding 32 sebelum ini, terdapat cadangan untuk format peringkat awal diubah membabitkan 16 kumpulan yang mengandungi tiga pasukan.
Bagaimanapun, keterujaan ketika berlangsungnya pusingan peringkat kumpulan dalam Piala Dunia Qatar 2022 telah memacu penilaian semula terhadap cadangan itu.
Ia kini disahkan bahawa, format empat pasukan sekumpulan akan dikekalkan, di mana dua pasukan terbaik akan layak ke peringkat seterusnya dan lapan pasukan di tempat ketiga terbaik juga akan ke pusingan kalah mati.
FIFA berkata menerusi satu kenyataan dalam laman web rasmi mereka:
"Berdasarkan penilaian menyeluruh yang mengambil kira integriti sukan, kebajikan pemain, perjalanan pasukan, komersial dan tarikan sukan, juga pengalaman pasukan dan penyokong, Majlis FIFA sebulat suara meluluskan cadangan pindaan format Piala Dunia FIFA 2026 daripada tiga pasukan melibatkan 16 kumpulan kepada 12 kumpulan dengan empat kumpulan setiap satu, di mana dua pasukan terbaik setiap kumpulan dan lapan pasukan di tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 32.
"Format ini disemak semula bagi mengurangkan risiko pengaturan perlawanan dan memastikan kesemua pasukan dapat beraksi sekurang-kurangnya tiga perlawanan sambil menyediakan waktu rehat yang seimbang di antara setiap pasukan bertanding."
Astro Arena
Wed Mar 15 2023
Majlis FIFA sebulat suara meluluskan cadangan pindaan format Piala Dunia FIFA 2026 daripada tiga pasukan melibatkan 16 kumpulan kepada 12 kumpulan dengan empat kumpulan setiap satu. - Foto Astro ARENA
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Laine sedia rebut tempat berdepan Oman
Nooa Laine bertekad untuk menawan hati Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia menentang Oman.
Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan
Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM harap Muhammad Nazmi kekal prestasi tinggi
FAM menaruh harapan agar Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.
Final Piala Dunia 2026 di New York
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu.
Messi mungkin beraksi di Piala Dunia 2026
Messi tidak menolak kemungkinan untuk membantu Argentina menjulang Piala Dunia pada 2026 walaupun mengakui mungkin masa tidak mengizinkannya.
Messi tetap dapat tempat dalam skuad Argentina
Kelab Messi, Inter Miami, tersingkir sebelum playoff MLS dan dia tidak beraksi selama hampir sebulan pada pertengahan musim.
FIFA umum senarai stadium untuk perlawanan Piala Dunia 2026
Bilangan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.
Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026
"Saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke sana. Saya belum memikirkannya lagi kerana ia masih jauh."
FIFA sahkan Piala Dunia 2026 kekal format empat pasukan sekumpulan
Sebelum ini, terdapat cadangan untuk format peringkat awal diubah membabitkan 16 kumpulan yang mengandungi tiga pasukan.
Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan
Pengendali berusia 58 tahun itu setuju dengan perjanjian tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.