awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2022
07:20 MYT
FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC
Abdul Azim mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), atas bantuan serta bimbingan mereka. - Gambar fail
IPOH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.
Perkembangan itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi kelab tersebut hari ini.
Dalam emel kepada pengurusan kelab, FIFA mengatakan bahawa ia telah menerima surat menyurat daripada pemiutang bahawa dana yang terhutang telah dipindahkan ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan yang Mentadbir Prosedur Jawatankuasa Status Pemain dan Penyelesaian Pertikaian Dewan.
Perak FC sebelum ini dikenakan sekatan perpindahan ekoran kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji pemainnya beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun isu tersebut berjaya diselesaikan selepas kelab tersebut diambil alih oleh pemilik baharu, XOX Berhad.
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), atas bantuan serta bimbingan mereka.
“Agenda ini adalah keutamaan kami, untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain yang berkaliber.
“Malangnya, penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata,” kata dalam kenyataan itu.
Menurut beliau, ia menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya, lalu melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
“Jangan lupa, usaha gigih pemain junior dan muda kita yang telah mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu lagi, Perak FC kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan dan akan menandatangani tiga import, tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.
Topic Berkaitan
#FIFA
#perpindahan pemain
#Abdul Azim Mohd Zabidi
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan