awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat

Astro Arena
Astro Arena
24/07/2024
02:45 MYT
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Gianni Infantino, Presiden FIFA. - Gambar fail/Astro ARENA
LIGA Eropah terkemuka dan Kesatuan Pemain Profesional Dunia (FIFPRO) telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan menuduh badan induk itu telah menyalahgunakan kedudukan dominannya apabila memudaratkan kebajikan pemain dengan jadual padat. Liga Eropah -- sebuah organisasi yang mewakili 39 liga termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) -- telah memfailkan aduan kepada Kesatuan Eropah (EU).
Langkah itu dibuat di celah-celah kontroversi mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat (AS) tahun depan.
Bulan lalu, pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, mencadangkan juara Eropah itu boleh memboikot pertandingan berkenaan sebelum Los Blancos mengeluarkan satu kenyataan untuk melepaskan bintang mereka.
Justeru, FIFPRO akan melancarkan tindakan undang-undang terhadap FIFA di mahkamah Brussels yang bermula pada hari-hari berikutnya, mendakwa keputusan untuk menjadualkan Piala Dunia Kelab telah melanggar hak pemain.
Kesatuan itu kini telah menyertai beberapa liga utama Eropah dalam membangkitkan isu tersebut kepada penggubal undang-undang EU dalam satu kenyataan bersama yang berbunyi: "Kalendar perlawanan antarabangsa kini di luar ketepuan dan telah menjadi tidak mampan untuk liga kebangsaan dan merisikokan kesihatan pemain."
Topic Berkaitan
#FIFA
#FIFPro
#mahkamah
#jadual padat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan