awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2023
02:39 MYT
Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes
Fernandes (kanan) bersyukur ten Hag (kiri) masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini. - Foto Astro ARENA
BRUNO Fernandes percaya Manchester United sedang membina sesuatu yang istimewa di bawah bimbingan Erik ten Hag.
Beliau bersyukur pengendali berkenaan masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini.
Pengurus berbangsa Belanda itu telah mengeluarkan pasukan gergasi Old Trafford berkenaan daripada kemerosotan prestasi untuk kini bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selain memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dalam musim pertamanya memegang peranan itu.
Ten Hag kini berpeluang untuk menamatkan kempen dengan nota positif seandainya dapat memenangi piala domestik kedua dengan menewaskan pasukan yang sedang memburu gelaran 'treble', Manchester City, dalam final Piala FA di Wembley malam ini.
Pertembungan dua pasukan Manchester itu akan menjanjikan sesuatu yang istimewa dan Fernandes, yang dijangka akan mengetuai barisan pemain United dalam perlawanan itu, percaya perlawanan berkenaan dapat menjadi pemangkin buat kejayaan selanjutnya pada masa akan datang.
"Ia perlawanan yang penting buat kami, juga buat pembangunan kami," kata pemain kebangsaan Portugal itu kepada agensi berita, PA.
"Kami kini sedang membina sesuatu yang kami lihat akan menjadi istimewa pada masa akan datang.
"Amat jelas, saya fikir jika kami dapat memenangi Piala FA, ia akan memberikan kami lebih kepercayaan bahawa kami mampu untuk mencapai sasaran lebih besar musim depan," katanya.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Erik ten Hag
#Piala FA
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan