awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Frank Bernhardt ketua jurulatih Kelantan FC baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2023
05:00 MYT
Frank Bernhardt ketua jurulatih Kelantan FC baharu
Frank Bernhardt (kanan) dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik. -Foto Sinar Harian
FRANK Bernhardt secara rasmi dilantik sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik.
Perkara itu diumumkan oleh Kelantan FC menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook rasmi pasukan sebentar tadi.
"Semoga pelantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara itu dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC.
Pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Nasir Yusuf.
Bernhardt bukanlah asing dalam arena bola sepak tempatan apabila pernah melatih UiTM FC yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.
Jurulatih berasal dari Kiel, Jerman itu memiliki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne, selain pernah menjadi Pengarah Teknikal Estonia FA (2007-2012) dan Azerbaijan FA (2014-2017) -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#Frank Bernhardt
#Choi Moon-sik
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan