KUALA LUMPUR: Pihak Pengurusan Terengganu FC akan memanggil pemain-pemain yang terlibat dengan insiden pergaduhan pada Rabu serta pegawai pasukan Terengganu FC II untuk mendapatkan penjelasan penuh berkenaan perkara yang berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif Tfc Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh memaklumkan pihaknya cukup kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi dan menjadikannya iktibar dan pengalaman untuk penganjuran mendatang.
“Pihak pengurusan Terengganu FC serta penganjur kejohanan telah berjumpa bersama pihak pengurusan Penang FC seterusnya memohon maaf di atas apa yang telah terjadi melibatkan pergaduhan sesama pemain kedua-dua pasukan setelah tamat kejohanan.
“Pasukan Penang FC berangkat pulang ke hotel penginapan dalam keadaan terkawal sepenuhnya.
“Pihak pengurusan Terengganu FC juga mendoakan agar salah seorang pemain Penang FC yang mengalami kecederaan tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius serta mampu meneruskan karier sebagai seorang pemain professional,” ujarnya menerusi satu kenyataan media.
BACA: Penang FC enggan panjangkan isu pergaduhan atas padang
Terdahulu, perlawanan terakhir bagi Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu 2022 pada Rabu malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu diantara pasukan Terengganu FC II menentang Penang FC terpaksa ditamatkan lebih awal setelah berlaku kekecohan dan pergaduhan diantara pemain kedua-dua pasukan.
Merujuk kepada maklumat pegawai yang bertugas serta video rakaman perlawanan, pergaduhan semalam bermula pada minit ke-45+3 setelah pemain Penang FC tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Keadaan itu membuatkan para pemain Terengganu FC II meraikan kegagalan tersebut dan salah seorang pemain Terengganu FC II berjersi nombor 23 meraikannya di hadapan pemain Penang FC berjersi nombor 14 tanpa sebarang sentuhan dilakukan.
Pemain Penang FC berjersi 14 tersebut bertindak balas dengan menumbuk bahagian belakang pemain Terengganu FC II berjersi 23.
Keadaan ini mencetuskan kekecohan dan disusuli dengan pemain Penang FC berjersi nombor 9 melakukan terjahan ke atas bahagian belakang badan pemain Terengganu FC berjersi nombor 11.
Salah seorang pemain Terengganu FC II berjersi nombor 19 bertindak balas dengan turut melakukan terjahan ke atas pemain Penang FC berjersi nombor 9. Keadaan semakin tidak terkawal apabila berlaku pergelutan hampir kesemua pemain.
Setelah hampir berjaya dileraikan, pemain Terengganu FC II yang dikejar dua orang pemain Penang FC bertindak balas dengan mempertahankan diri secara spontan menumbuk muka pemain Penang FC berjersi nombor 28 dan keadaan tersebut menyebabkan berlaku pendarahan dibahagian hidung pemain tersebut.
Pihak pegawai keselamatan, pegawai pasukan serta pegawai perlawanan seterusnya berjaya mengawal kekecohan yang berlaku dan perlawanan separuh masa pertama ditamatkan dan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
Astro Awani
Thu Feb 10 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Tfc Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh memaklumkan pihaknya cukup kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi. - Facebook/Terengganu FC II
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Ia susulan jadual padat Selangor FC yang akan memulakan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Muang Thong United dari Thailand pada 19 Sept.
Liga Super: Terengganu diikat Sri Pahang 1-1
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan melalui sepakan percuma yang diambil Marin Pilj seawal minit kelima.
Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Bergeson ledak hatrik bantu JDT benam Terengganu 4-0
Jaringan hatrik penyerang berbisa Bergson da Silva membantu juara bertahan Liga Super membenam Terengganu FC 4-0.
TFC tidak jangka menang besar, bawa bekalan selesa ke Sabah
Badrul Afzan mengakui agak terkejut apabila pemainnya mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.