awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal bawa pulang trofi, saya tidak salahkan pemain - Elyas Omar

Syafique Shuib
Syafique Shuib
26/05/2014
00:00 MYT
Gagal bawa pulang trofi, saya tidak salahkan pemain - Elyas Omar
Tan Sri Elyas Omar merupakan tokoh pemimpin badminton ketika Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.
Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Elyas Omar meluahkan kekecewaannya kerana pasukan Malaysia tidak berjaya membawa pulang Piala Thomas apabila tunduk kepada Jepun 2-3 di peringkat akhir.
“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya kecewa kerana ini adalah peluang yang terbaik bagi negara untuk membawa pulang Piala Thomas," kata beliau yang dihubungi Astro AWANI sejurus perlawanan berakhir.
Walau bagaimanapun, beliau tetap bangga dengan prestasi barisan pemain Malaysia.
“Saya tidak salahkan pemain. Pasukan Malaysia bermain dengan semangat yang kental. Mereka hampir mengalahkan Jepun dan ini adalah perkara terpuji. Saya rasa bangga dengan prestasi pemain-pemain. Saya juga ucapkan tahniah kepada pasukan Jepun yang berjaya membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama,” ujar beliau.
Ketika ditanya tentang perlawanan tadi, beliau akui bahawa Liew Daren ada melakukan beberapa kesilapan sendiri atau unforced errors.
“Judgement (penilaian) yang dibuat Daren masih lemah terutama sekali pada penghujung perlawanan dimana beliau menyangkakan shuttlecock akan keluar tetapi ia tidak.
“Namun saya bangga dengan pencapaian beliau dan semangat beliau. Daren bermain dengan baik sehingga akhir dan tidak mengaku kalah. Ini sama juga dengan beregu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya bangkit semula dan mengalahkan lawan mereka.
Ditanya tentang perancangan masa hadapan, Elyas berharap pemain-pemain muda terutama sekali pemain beregu dapat didedahkan kepada lebih banyak perlawanan antarabangsa. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki mutu permainan mereka dan juga kedudukan mereka.
Beliau berpendapat bahawa kedudukan pemain beregu masih rendah namun dari segi prestasi, mereka mempunyai potensi yang sangat bagus.
“Kita perlu membina pemain pelapis terutama sekali bagi kejohanan Piala Thomas pada tahun 2016 kelak. Pada masa yang sama, kita perlu mempertajamkan pemain sedia ada,” kata beliau.
Pada pertandingan akhir, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.
Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.
Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
Elyas merupakan Presiden BAM ketika Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.
Topic Berkaitan
#Elyas Omar
#Piala Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan