DUA atlet memanah Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang didapati positif doping sibutramine masing-masing hanya dijatuhkan hukuman ringan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selepas mesyuarat pendengaran kes itu hari ini.
Kedua-dua atlet, masing-masing dari Terengganu dan Kedah, dikenakan hukuman gantung hanya enam dan lapan bulan.
Menurut Pemangku Setiausaha Kehormat NAAM, Major (B) Amir Suharman Adnan, hukuman berbeza yang diputuskan adalah berdasarkan had umur mereka, masing-masing 17 tahun dan 21 tahun, yang mengaku bersalah tanpa menyedari mengambil sibutramine yang terdapat dalam pil pelangsing badan dan disahkan positif doping dalam Sukma Sarawak, Julai lalu.
"Hukuman empat tahun adalah bagi atlet yang berniat mengambil bahan terlarang manakala dua tahun adalah hukuman bagi pengambilan tanpa niat.
"Kami berpendapat sibutramine ini tidak memberi impak besar terhadap prestasi atlet memanah," jelas Major (B) Amir Suharman.
Setiausaha Persatuan Memanah Negeri Terengganu, Mohd Zamzaini Zolkeffi, menyifatkan hukuman tersebut adalah wajar kerana kesedaran yang kurang oleh atlet berkenaan mengenai bahan terlarang itu.
"Faktor utama adalah atlet terlalu naif. Mereka tidak mempunyai pengetahuan terhadap penggunaan bahan terlarang itu," ujar Zamzaini .
Bagi penolong pengurus Persatuan Memanah Negeri Kedah, Mohd Asri Ghazali, dia menerima hukuman yang lebih lama kerana sedar atletnya itu berstatus pemanah kebangsaan yang lebih berpengalaman.
Astro Arena
Mon Oct 17 2016
Hukuman berbeza yang diputuskan adalah berdasarkan had umur mereka yang mengaku bersalah tanpa menyedari mengambil sibutramine yang terdapat dalam pil pelangsing badan dan disahkan positif doping dalam Sukma Sarawak.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.