awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal rayuan, anak Pele ditahan semula dalam kes pengubahan wang haram

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2014
01:40 MYT
Gagal rayuan, anak Pele ditahan semula dalam kes pengubahan wang haram
Gambar fail April 12, 2007. Edinho dipenjara 33 tahun pada Mei lalu atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikumpul menerusi pengedaran dadah tetapi membuat rayuan dan dibebaskan buat sementara sebelum ditahan semula. - Gambar AFP/Mauricio de Souza
Anak lelaki legenda bola sepak Brazil, Pele ditahan dekat Sao Paulo selepas gagal dalam rayuan terhadap dakwaan kes pengubahan wang haram, kata pihak kehakiman negara itu, pada Rabu.
Bekas penjaga gol, Edson "Edinho" Cholbi do Nascimento, 43, yang pernah menyarung jersi bekas kelab bapanya, Santos dipenjara 33 tahun pada Mei lalu atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikumpul menerusi pengedaran dadah tetapi membuat rayuan dan dibebaskan buat sementara sebelum ditahan semula.
"Ketika ditahan, Edinho merayu supaya menunggu sehingga hari perbicaraannya," kata jurucakap mahkamah tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.
Sementara itu, polis berkata, Edinho dibawa ke balai polis di Santos, Sao Paulo dan bakal dipindahkan ke penjara.
Dia pernah ditahan di rumahnya di Praia Grande, bandar kecil di pinggir Santos dan dibebaskan seminggu kemudian.
Edinho dilarang daripada meninggalkan Brazil dan diarah melapor diri setiap minggu di mahkamah Praia Grande.
Topic Berkaitan
#ditahan
#Edinho
#Edson Cholbi Nascimento
#Pele
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan