Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai, perlu dinilai semula.
Justeru, katanya, Teong Kim, selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.
Skuad B-16 yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan A apabila tewas 2-0 kepada Jepun pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
"Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau setiap bulan mencecah RM175,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh MSN (Majlis Sukan Negara)...kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP juga perlu dilihat semula," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
BACA: FAM tamatkan khidmat Lim Teong Kim
Menurutnya, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019.
Syed Saddiq juga menjelaskan sebanyak RM80 juta dibelanjakan untuk progam NFDP sejak 2014 tidak termasuk dengan perbelanjaan pembinaan AMD di Gambang, Pahang.
Beliau menjelaskan NFDP tidak akan dihentikan namun perlu penstrukturan semula yang akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas antara KBS, MSN, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), NFDP dan pihak berkepentingan pada 15 Okt ini.
"Kita tidak boleh hentikan program NFDP, ini adalah program yang bagus. Memang program akar umbi bola sepak yang tersusun tapi ia perlu penstrukturan semula. Selepas berpuluh juta ringgit dibelanjakan, kita (bola sepak) masih di sini. Memang jelas perlu ada penstrukturan semula dan kita tidak boleh cakap kita dalam posisi yang selamat atau selesa," jelasnya.
Syed Saddiq juga menjelaskan pada peringkat awal NFDP ditubuhkan program itu dijanjikan peruntukan RM20 juta setiap tahun.
Tetapi pada tahun pertama itu sendiri NFDP hanya menerima RM10 juta sahaja pada 2014, kemudian RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta (2017).
"Saya nak salahkan semua kepada NFDP tidak boleh kerana kekangan kewangan tapi yang saya musykil walaupun dengan keadaan kekangan kewangan itu, tetap bayar RM175,000 setiap bulan (gaji Teong Kim)," katanya.
Syed Saddiq turut mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar meletakkan jawatan itu susulan kegagalan skuad negara mara ke Piala Dunia B-17 pada 2019.
Susulan kegalalan skuad B-16 itu ke Piala Dunia B-17, FAM telah mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat Teong Kim dengan serta merta.
Teong Kim mula dilantik sebagai Pengarah Projek NFDP pada 2013 disusuli memegang jawatan sebagai Pengarah AMD pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Menurut Syed Saddiq, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019. - Bernama
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Jepun raih juara bola sepak AFC B-16 buat kali ketiga
Jun Nishikawa muncul wira skuad muda Samurai Biru pada perlawanan berkenaan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-62.
Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan - Syed Saddiq
Selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.