awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gastak sasar Kelantan Warriors layak ke separuh akhir Liga Premier STL

Bernama
Bernama
10/09/2024
03:25 MYT
Gastak sasar Kelantan Warriors layak ke separuh akhir Liga Premier STL
Abdul Fattah (berdiri, tengah) berkata Gastak tidak memberi tekanan kepada pemain Kelantan Warriors untuk mencapai sasaran empat pasukan terbaik pada saingan Liga Premier. - Facebook Kelantan Warriors
KOTA BHARU: Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) meletakkan sasaran kepada Kelantan Warriors untuk layak ke separuh akhir saingan Liga Premier, Liga Sepak Takraw (STL 2024) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dari 11 hingga 15 Sept depan.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sasaran itu diletakkan berdasarkan prestasi semasa pasukan Kelantan Warriors ketika ini.
"Kita yakin pemain mampu mencapai sasaran ke separuh akhir kerana mereka masih berada dalam momentum cukup baik selepas menjadi juara Divisyen 1 baru-baru ini.
"Para pemain membuat persiapan cukup rapi bagi menghadapi Liga Premier yang disertai pasukan berkualiti, dibarisi pemain-pemain berstatus bintang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam di sini semalam.
Pada saingan Liga Premier nanti Kelantan Warriors diundi dalam Kumpulan A bersama dua pasukan lain iaitu Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Figthers.
Abdul Fattah berkata Gastak tidak memberi tekanan kepada pemain Kelantan Warriors untuk mencapai sasaran empat pasukan terbaik pada saingan Liga Premier.
"Kita akui dua pasukan yang diundi bersama itu adalah antara pasukan pilihan pada saingan kali ini, namun kita tidak mahu pemain mudah menyerlah kalah, malah mereka perlu memberi saingan sengit.
"Kita juga berharap penyokong khususnya rakyat Kelantan yang berada di Selangor turun ke stadium untuk memberi sokongan kepada Kelantan Warriors sepanjang kejohanan berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Fattah Mahmood
#Kelantan Warriors
#GASTAK
#Liga Premier STL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan