awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ghaddar akan kembali perkuatkan The Red Warriors

Astro Arena
Astro Arena
09/01/2017
06:46 MYT
Ghaddar akan kembali perkuatkan The Red Warriors
Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan penaja utama, redONE, bersedia untuk mengikat bintang Lubnan itu bersama Okiki Afolabi dan Cedric Djuegoue. - Foto Facebook / The Red Warriors Malaysia
Harapan peminat setia The Red Warriors (TRW) untuk melihat bintang kesayangan mereka, Muhammed Ghaddar, beraksi dalam Liga Super bermula 21 Januari ini, bakal menjadi kenyataan.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan penaja utama, redONE, bersedia untuk mengikat bintang Lubnan itu bersama Okiki Afolabi dan Cedric Djuegoue.
Annuar menerusi status terbaharu dalam laman sosial Facebooknya, menjelaskan segala urusan rundingan dan terma kontrak telah selesai dijalankan dan sedia membawa tiga pemain tersebut berdasarkan tiga syarat utama.
“Dipersetujui oleh ketua jurulatih (Zahasmi Ismail), wajib lulus ujian kecergasan yang ketat oleh jurulatih kecergasan dan wajib lulus pemeriksaan kesihatan yang ketat.
“Cedric, Okiki dan Ghaddar sudah dijemput datang untuk bertemu Zahasmi dan akan menjalani ujian,” katanya.
Annuar, yang bertindak selaku penaja utama TRW musim ini, menjelaskan jika tiga pemain ini gagal dalam ujian pemilihan tersebut, beliau masih mempunyai enam lagi calon pilihan.
“Kiranya gagal, ada enam lagi nama lain untuk dipilih oleh ketua jurulatih dan saya dengan redONE menaja mereka untuk memperkuatkan TRW 2017 setakat yang kami mampu,” katanya.
Untuk rekod, dalam status Facebooknya yang terdahulu, Annuar membayangkan akan mencari tiga pemain import berkualiti bagi membantu TRW kekal sebagai pencabar utama Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#KAFA
#Kelantan
#Muhammad Ghadda
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan