awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giliran pengadil kena kad merah daripada pemain

Astro Arena
Astro Arena
23/02/2016
05:30 MYT
Giliran pengadil kena kad merah daripada pemain
Salih Dursun mengutip kad merah tersebut sebelum terus melayangkan kepada pengadil perlawanan tersebut.
PADA kebiasaannya pengadil yang akan melayangkan kad merah, tetapi kali ini giliran pemain pula melayangkan kad merah kepada pengadil! Ia berlaku dalam bola sepak Turki.
Insiden itu nyata mencuri tumpuan apabila pemain pertahanan pasukan Trabzonspor, Salih Dursun melayangkan kad merah kepada pengadil ketika perlawanan Liga Super menentang Galatasaray, pada Isnin.
Akibat daripada tindakan itu, pengadil tidak berfikir panjang, terus melayangkan kembali kad merah kepada Dursun, sekaligus menjadikan Dursun pemain ke-4 Trabzonspor yang dikenakan kad merah. Agak pelik bunyinya apabila Trabzonspor meneruskan permainan dengan menggunakan 7 pemain.
Terdahulu, pengadil melayangkan kad merah kepada Luis Pedro Cavanda dan ia terjatuh di atas padang. Akibat berang dengan tindakan pengadil yang gemar menghalau pemain keluar, Dursun mengutip kad merah tersebut sebelum terus melayangkan kepada pengadil.
Perlawanan itu tamat dengan menyaksikan Galatasaray menang 2-1 keatas Trabzonspor.
Topic Berkaitan
#Galatasaray
#Salih Dursun
#Trabzonspor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan