awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol JDT paling banyak dihasilkan pada 15 minit terakhir

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2023
21:28 MYT
Gol JDT paling banyak dihasilkan pada 15 minit terakhir
Laman sosial rasmi JDT mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini. - Facebook Johor Southern Tigers
LAMAN sosial rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, semalam mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini.
Berdasarkan statistik itu, 33 gol dihasilkan Harimau Selatan dari minit ke-75 hingga ke minit ke-90.
Ia menunjukkan bahawa pasukan selatan tanah air itu menghasilkan gol paling banyak pada 15 minit terakhir sebelum tamat perlawanan.
Menyusul di kedudukan kedua adalah suku jam pertama selepas waktu rehat, di mana JDT menghasilkan 31 gol daripada minit ke-46 hingga ke-60 dan suku jam selepas itu -- dari minit ke-61 hingga 75 -- menyaksikan pasukan bimbingan Esteban Solari berkenaan menghasilkan 26 gol.
Setengah jam pertama sepak mula menyaksikan JDT mendaftarkan 46 gol dengan 22 daripadanya terhasil dalam 15 minit pertama dan 24 gol dihasilkan dalam 15 minit kedua selain 26 gol didaftarkan pada suku jam terakhir sebelum waktu rehat.
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#gol JDT
#Liga Super
#JDT
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan