Pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan Abdul Radzak akui jaringannya pada Selasa cukup penting untuk mengembalikan semula keyakinannya selepas baru pulih daripada kecederaan.

Aidil bergelut situasi sukar musim ini apabila dihantui dengan masalah kecederaan dan terlepas aksi selama dua bulan pada awal tahun.

Pemain berusia 28 tahun ini bagaimanapun kembali memperkuatkan JDT ketika menentang menentang Terengganu di tempat sendiri.

Ia gol pertama Aidil tahun ini selepas kali terakhir meledaj jaringan ketika mewakili skuad negara ke Sukan Asia Incheon September tahun lalu.

"Kebelakangan ini saya kerap ditimpa kecederaan.

"Ini permulaan langkah kanan untuk dapat mejaringkan gol. Mungkin ini satu semangat untuk saya kembali dan mencari tempat dalam skuad Johor," tegas.

Aidil turut menjelaskan pengalaman mengharungi dua perlawanan awal di dalam bulan puasa ini menjadi akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempamerkan aksi terbaik dalam baki tiga perlawanan nanti.