GOOGLE Photos hari ini mula memberikan akses kepada 10 ciri suntingan menggunakan AI secara percuma kepada semua.
Ciri seperti Magic Eraser yang memadam elemen dalam gambar serta Unblur yang menajamkan gambar kabur sebelum ini hanya boleh diakses pengguna Pixel 8 atau mereka yang mempunyai langganan Google One.
Menurut 9to5 Google, ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Walaupun percuma, setiap pengguna hanya boleh menyimpan 10 gambar yang disunting menggunakan AI setiap bulan.
Jika mereka ingin melakukan lebih banyak suntingan, mereka masih perlu melanggan kepada Google One.
Perkhidmatan langganan bulanan semakin meningkat dan menjadi trend yang boleh menjana pendapatan kepada syarikat.
Dengan memberikan akses kepada semua, Google pasti boleh meningkatkan jumlah langganan kerana ciri seperti Magic Eraser sangat berguna lebih-lebih lagi ketika melakukan suntingan di telefon pintar.
Pengguna tidak perlu mahir dalam Photoshop dan suntingan dilakukan semudah menekan sahaja elemen yang ingin diubahsuai.
Senarai lengkap 10 ciri suntingan yang kini diberikan percuma adalah seperti di bawah.
1. Cinematic photos
2. Color pop
3. HDR effect for Photos & Videos
4. Magic Eraser
5. Portrait blur
6. Portrait light
7. Sky suggestions
8. Styles in collage editor
9. Unblur
10. Video effects
Amanz
Thu May 23 2024
Google Photos beri akses percuma kepada 10 ciri suntingan menggunakan AI.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Kekejaman zionis: Jeti terapung di Gaza dialihkan akibat cuaca buruk
Tentera Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk mengalihkan sementara jeti kemanusiaannya di luar pantai Gaza kerana keadaan laut yang dijangkakan.
Mabit di Muzdalifah, perkara wajib dilaksanakan semasa haji
Selepas wukuf, jemaah haji Malaysia meneruskan manasik haji dengan mabit di Muzdalifah, mengutip batu untuk melontar di Jamratul Kubra pada 10 Zulhijjah. Mabit di Muzdalifah ialah perkara wajib dilaksanakan dalam ibadah haji.
TPM Zahid ucap Selamat Hari Bapa kepada semua bapa
Sempena Hari Bapa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut pada Ahad kepada semua insan yang bergelar bapa.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau antara lain turut berkata bapanya, Haji Raden Hamidi adalah insan yang memberi impak besar dalam hidup beliau.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau antara lain turut berkata bapanya, Haji Raden Hamidi adalah insan yang memberi impak besar dalam hidup beliau.
Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.
Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia
Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi di Hospital Serdang.
Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.
Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Google Photos label dua sahabat kulit hitam sebagai gorila
Google memohon maaf dan akui aplikasi Google Photos masih baharu dan sistem pelabelan automatik belum sempurna.