Google terkenal dengan penghasilan “Google Doodle” yang sering menambah kepada kemeriahan acara semasa sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Sempena EURO 2016 yang bermula hari ini, Google tidak ketinggalan untuk menghasilkan doodle bertemakan kejohanan sukan tersebut.

UEFA EURO 2016 adalah kejohanan bola sepak kedua terbesar di dunia yang dihoskan di Perancis dari 10 Jun hingga 10 Julai.

Coretan pertama tampil dengan latar seni seekor ayam yang berwarna merah,bitu dan putih, mewakili bendera Perancis yang merupakan tuan rumah kejohanan ini.

Ayam tersebut dilihat menendang bola, simbolik kepada ‘kick off’ acara tersebut.

Ia turut serta bendera kesemua 24 negara yang mengambil bahagian.
Google Doodle
Kredit Gambar: Google

Pengguna boleh mendapatkan butiran jadual kejohanan itu dengan mengeklik pada coretan tersebut.

Menurut Tech News, kira-kira 2 juta peminat bola sepak dijangka hadir manakala lebih 300 juta peminat dijangka menonton siaran langsung pertandingan itu di seluruh dunia.

Kejohanan tahun ini bermula dengan perlawanan antara Perancis dan Romania pada Satu, jam 3.30 pagi (waktu Malaysia).