awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamilton lakar sejarah di Silverstone

Astro Arena
Astro Arena
10/07/2016
16:33 MYT
Hamilton lakar sejarah di Silverstone
Pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Lewis Hamilton mengangkat trofi di podium selepas memenangi Formula 1 Grand Prix British di litar lumba Silverstone, pada 10 Julai, 2016. - Foto AFP
Lewis Hamilton menjadi pemandu pertama dalam tempoh 50 tahun untuk menjuarai GP British tiga kali berturut-turut sekaligus merapatkan jurang mata dengan rakan sepasukan Nico Rosberg dalam perebutan kejuaraan.
Hamilton kini hanya ketinggalan empat mata di belakang Rosberg.
Ketegangan di antara kedua pelumba itu mula memuncak apabila berlanggar antara satu sama lain minggu lalu di GP Austria yang menyebabkan Hamilton muncul juara manakala Rosberg menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Hujan turun dengan lebat sebelum pelumba dilepaskan namun langit cerah mula menjelma sekaligus melihat Hamilton mendahului pelumba lain sehingga pusingan terakhir.
Lima pusingan pertama terpaksa bermula dengan kemasukan kenderaan keselamatan susulan cuaca buruk dan memaksa jentera lain masuk ke pit masing-masing untuk membuat penukaran tayar.
Bagaimanapun, Hamilton dan Rosberg kekal di litar namun mengambil peluang untuk menukar tayar kemudiannya dan masih mengekalkan kedudukan.
Walaupun perlumbaan bermula dengan keadaan kelam-kabut, tiada pelumba yang mampu menggugat kemenangan Hamilton yang menjadi pelumba pertama untuk menguasai litar Silverstone tiga kali berturut-turut.
Sementara itu, Rosberg terpaksa berhempas pulas untuk menamatkan perlumbaan ditempat kedua.
Pemandu Jerman itu terpaksa mempertahankan kedudukannya dengan pelumba Red Bull, Max Verstappen di sepanjang perlumbaan.
Jika tidak kerana masalah gearbox Verstappen, Rosberg berkemungkinan berdepan masalah.
Topic Berkaitan
#GP British
#Lewis Hamilton
#Nico Rosberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan