awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KBS latih tenaga pengajar ILKBS kuasai teknologi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Hampir 1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual - FIFA

Agensi
Agensi
18/06/2025
00:40 MYT
Hampir 1.5 juta tiket Piala Dunia Kelab terjual - FIFA
Peminat dari lebih 130 negara telah membeli tiket untuk kejohanan yang bermula hujung minggu lalu, dengan perlawanan pembukaan di Stadium Hard Rock, Miami yang menampilkan Lionel Messi bersama Inter Miami dihadiri 60,000 penyokong. - Gambar Reuters
NEW JERSEY: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan hampir 1.5 juta tiket telah terjual bagi kejohanan Piala Dunia Kelab yang kini berlangsung di Amerika Syarikat dalam format baharu yang diperluas.
Menurut FIFA, peminat dari lebih 130 negara telah membeli tiket untuk kejohanan yang bermula hujung minggu lalu, dengan perlawanan pembukaan di Stadium Hard Rock, Miami yang menampilkan Lionel Messi bersama Inter Miami dihadiri lebih 60,000 penyokong.
Sementara itu, hampir 80,000 penonton membanjiri Stadium Rose Bowl bagi menyaksikan Paris Saint-Germain menewaskan Atletico Madrid 4-0 pada hari Ahad.
Bagaimanapun, tidak semua perlawanan menerima sambutan hangat.
Perlawanan antara Borussia Dortmund dan Fluminense yang berlangsung pada tengah hari Selasa hanya disaksikan separuh kapasiti di Stadium MetLife, New Jersey.
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, turut menyifatkan suasana di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, ketika pertemuan menentang Los Angeles FC sebagai "agak janggal" dengan kehadiran hanya sekitar 22,000 penonton di stadium berkapasiti 71,000.
"Inilah tujuan sebenar Piala Dunia Kelab FIFA – sebagai pentas bertaraf dunia untuk mencipta kisah baharu, melahirkan wira-wira baharu dan menyatukan peminat kelab bola sepak dalam sesuatu yang lebih besar," kata Presiden FIFA, Gianni Infantino, dalam satu kenyataan.
Piala Dunia Kelab merujuk kepada satu kejohanan bola sepak tahunan anjuran FIFA, yang mempertemukan kelab-kelab terbaik dari setiap benua untuk merebut gelaran juara dunia kelab.
Kejohanan ini juga dilihat sebagai pembuka tirai bagi Piala Dunia 2026 yang bakal dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
FIFA berharap kejohanan ini dapat menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Amerika yang secara umumnya kurang meminati sukan itu.
Namun begitu, terdapat kebimbangan mengenai sambutan peminat selepas Copa America 2024 sebelum ini dikritik hebat berikutan mutu padang yang rendah, stadium separuh kosong dan insiden keselamatan di final yang berlangsung di Miami. - Agensi
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Kelab
#FIFA
#Piala Dunia 2026
#Gianni Infantino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami