awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan

Bernama
Bernama
31/03/2023
21:45 MYT
Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Yeoh (gambar) berkata beliau akan mengumumkan perkembangan lanjut kepada umum selepas berjumpa dengan Zii Jia. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.
Bercakap kepada Bernama, Yeoh berkata beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.
"Saya kena jumpa dia dahulu untuk dengar masalah dia...mungkin Zii Jia tak nak masuk BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kita tidak tahu," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia di sini, semalam.
Yeoh berkata beliau akan mengumumkan perkembangan lanjut kepada umum selepas berjumpa dengan Zii Jia.
Sebelum ini, media melaporkan Yeoh mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan pemain berusia 25 tahun itu sebaik Zii Jia pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantunya susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Spekulasi kepulangan pemain kelahiran Kedah ke BAM juga bertiup kencang selepas juara All England 2021 itu bertemu dengan Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebanyak dua kali sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Hannah Yeoh
#Lee Zii Jia
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan