awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan

Bernama
Bernama
10/06/2023
21:08 MYT
Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Haqimi Azim Rosli. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA NERUS: Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon terpaksa melepaskan pemain penyerang, Haqimi Azim Rosli disebabkan masalah kesihatan dialami pemain Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata pihaknya memantau perkembangan pemain muda berusia 20 tahun berkenaan sehingga Jumaat malam, namun tiada tanda positif dia dapat hadir untuk menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.
Beliau berkata selain Haqimi Azim, kesemua 26 pemain yang terpilih dalam senarai skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan baik dan sudah tiba untuk latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) hari ini.
"Sehingga malam semalam kami memantau Haqimi, namun tidak nampak peningkatan.
"Jadi saya fikir atas sebab rawatan perubatan dia digugurkan daripada pasukan. Setakat ini, semua orang (pemain lain) dalam keadaan baik," katanya pada sidang media sebelum sesi latihan hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di SSMZA petang semalam.
Bagi panggilan kem latihan pusat Jun ini, Pan Gon mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac lepas.
Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck; tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.
Dua aksi perlawanan persahabatan menentang pasukan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Kuala Terengganu bakal menjadi medan ujian buat skuad negara sebelum ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haqimi Azim Rosli
#KL City FC
#Kim Pan Gon
#masalah kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan