Harimau Malaya melepasi ujian awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.
Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal perlawanan dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.
Namun pada minit ke-15, bermula dengan gerakan Norshahrul Idlan Talaha yang bijak melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti, pantas disambut Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menampan bola menerjah gawang Maldives untuk jaringan pertama negara.
Berselang seminit kemudian, pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan 'The Red Snapper' itu hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Ali Fasir hasil dari satu serangan balas berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan Maldives terdesak untuk mencari gol penyamaan dan barisan anak buah Tan Cheng Hoe pula semakin bersemangat untuk menggandakan jaringan.
Beberapa pertukaran dilakukan Cheng Hoe pada separuh masa kedua antaranya dengan mengeluarkan penjaring pertama, Zaquan Adha dan memasukan penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid.
Percaturan itu ternyata berhasil apabila Safawi berjaya menyumbat gol kedua negara pada minit ke-80 dengan satu libasan kencang berpunca daripada satu sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar oleh penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.
Penyerang naturilisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila gerakan solonya berjaya disudahkan dengan satu rembatan menggegarkan gawang Maldives pada masa kecederaan untuk jaringan ketiga skuad kebangsaan.
Maldives, selaku juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF), September lalu, menghuni ranking ke-151 dunia manakala Malaysia berada di kedudukan ke-169
Kemenangan tersebut sudah pasti menjadi tonik untuk skuad negara menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
Antara aksi pemain dari kedua-dua pasukan sewaktu bergelut dalam keadaan hujan renyai. - Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.