SKUAD bola sepak negara terpaksa melupakan khidmat Ahmad Syihan Hazmi, selepas penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengalami kecederaan selepas kehilangan Faisal Halim, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok juga akibat situasi sama.
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia FAM, khidmat bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC itu disisihkan selepas doktor perubatan Harimau Selatan mengesahkan kecederaan pemain berusia 28 tahun berkenaan.
Perkembangan terkini itu menyaksikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak memanggil pemain pengganti, sebaliknya kekal dengan tiga penjaga gol Azri Ab Ghani, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Sementara itu, pemain Buriram United, Dion Cools bersama lima pemain JDT- Matthew Davies, Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos mula menjalani sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Sabtu.
Kem latihan pusat Harimau Malaya kini disertai 24 pemain dengan pemain Selangor FC, Nooa Laine akan menyertai pasukan pada Isnin bagi melengkapkan 25 pemain yang akan ke Bishkek, Kyrgyzstan pada Selasa.
Harimau Malaya seliaan Pan-gon akan menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun diikuti Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 02 2024
Doktor perubatan Harimau Selatan mengesahkan kecederaan Ahmad Syihan (gambar) menjelang dua aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan ini. - Foto Astro ARENA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harimau Malaya jumpa Kyrgyzstan, Taiwan tanpa kelibat Ahmad Syihan
Perkembangan terkini itu menyaksikan Kim Pan-gon tidak memanggil pemain pengganti, sebaliknya kekal dengan tiga penjaga gol.
Penjaga gol kebangsaan Syihan Hazmi sah sertai JDT
Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.