awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Harimau Malaya perlukan sorakan anda untuk berjuang' - Kim Pan-gon

Astro Arena
Astro Arena
15/11/2023
05:07 MYT
'Harimau Malaya perlukan sorakan anda untuk berjuang' - Kim Pan-gon
Malaysia akan menghadapi Kyrgyzstan dalam perlawanan pembukaan esok sebelum menghadapi dua perlawanan di tempat lawan, sekali gus menjadi aksi kompetitif terakhir di laman sendiri pada tahun ini. - Gambar/ FAM
KIM Pan-gon percaya sokongan 'Ekor Harimau Malaya' mampu menyemarakkan perjuangan anak buahnya untuk menghadapi kempen Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, ketua jurulatih kebangsaan itu bagai diulit resah dengan mengetahui hanya 7,587 keping sahaja terjual bagi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Malaysia akan menghadapi Kyrgyzstan dalam perlawanan pembukaan esok sebelum menghadapi dua perlawanan di tempat lawan, sekali gus menjadi aksi kompetitif terakhir di laman sendiri pada tahun ini.
"Kami harus sangat bermotivasi kerana ini adalah kempen kelayakan Piala Dunia.
"Kami mungkin menghadapi banyak kejohanan tetapi Piala Dunia hanya sekali dalam tempoh empat tahun sementara standard Piala Asia jatuh nombor dua.
"Enam perlawanan dalam tempoh enam bulan ini ini adalah peluang terbaik kami untuk 18 pasukan ke peringkat terakhir dan sebelum ini kami kerap terkandas dalam pusingan pertama.
"Dengan di ranking 137 dunia, kami masih mengimpikan menjadi sebahagian 18 pasukan dalam pusingan akhir kelayakan.
"Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada penyokong tetapi perlawanan ini amat genting terutama menghadapi Kyrgyzstan bagi menentukan kedudukan kami ke pusingan seterusnya.
"Setiap orang perlu ke stadium untuk berikan sokongan. Kami tagih sokongan anda dalam usaha ke pusingan 18.
"Kami mahu menggunakan kelebihan di tempat sendiri dengan sepenuhnya.
"Ini adalah laman sendiri dan buat setiap lawan gentar.
"Saya harap kita semua berjuang jadi perlawanan esok cukup penting buat kami.
"Kami tidak tahu, mungkin kami mampu mengejut Oman termasuk enam mata ke atas Taiwan.
"Kalau kami tidak capainya esok (tiga mata) esok, ada lagi lima perlawanan berbaki," katanya dalam sidang media sebentar tadi. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#kelayakan Piala Dunia
#harimau Malaya
#sokongan peminat
#penyokong Harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan