awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya vs Gajah Perang: Menang semangat atau menang perlawanan?

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/11/2019
12:47 MYT
Harimau Malaya vs Gajah Perang: Menang semangat atau menang perlawanan?
Remy El Fateh (tengah) dan Josh (kanan) hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Ribuan penyokong Malaysia dan Thailand hari ini membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan keempat kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Bagi skuad Harimau Malaya, pastinya pertembungan pada malam ini berdepan sedikit kesukaran kerana perlu menghadapi pasukan di ranking ke-109 dunia.
Bagaimanapun, pastinya aksi mantap daripada anak buah Tan Cheng Hoe itu tidak boleh dipandang rendah.
Penyokong Malaysia, Remy El Fateh, 30, berkata kemenangan Harimau Malaya ke atas Tajiskitan baru-baru ini membuktikan pasukan negara mempunyai kekuatan tersendiri.
“Memang betul Thailand berada pada ranking lebih baik berbanding Malaysia, namun pasukan negara juga mempunyai kelebihan tersendiri,” kata anak jati Perak itu kepada Astro AWANI, hari ini.
Sementara itu, Josh, 29, berpandangan barisan kesebelasan yang diletakkan oleh Cheng Hoe mampu memberikan saingan sengit.
“Saya jangkakan Malaysia akan menang 1-0 pada malam ini, dan gol dijaringkan oleh Safawi Rashid,” ujarnya.
Namun, bagi penyokong Thailand, kelebihan Malaysia beraksi di laman sendiri bukan alasan untuk pasukan Gajah Perang itu mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan tersebut.
“Thailand mempunyai pemain yang handal iaitu Chanatip Songkrasing, dan kita yakin pasukan Thailand boleh menang malam ini,” ujarnya.
Ketika ini skuad kendalian Cheng Hoe berada di tangga keempat Kumpulan G selepas mengutip tiga mata.
Topic Berkaitan
#Gajah Perang
#harimau Malaya
#Malaysia
#Piala Dunia
#Remy El Fateh
#tadium Nasional Bukit Jalil
#Tajiskitan
#Tan Cheng Hoe
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan