awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaysia: TMJ tidak sabar untuk berdebat

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2016
17:02 MYT
Harimau Malaysia: TMJ tidak sabar untuk berdebat
TUNKU ISMAIL: Saya tidak sabar menanti berlangsungnya perbincangan secara terbuka yang akan dilakukan dihadapan semua penyokong bolasepak Malaysia.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda tidak sabar menanti berlangsungnya perbincangan terbuka mengenai prestasi bola sepak Malaysia nanti.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers pada Rabu malam, baginda turut berharap supaya acara itu membenarkan ramai penyokong bolasepak untuk turut hadir.
"Saya tidak sabar menanti berlangsungnya perbincangan secara terbuka yang akan dilakukan dihadapan semua penyokong bolasepak Malaysia.
"Bolasepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini. Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bolasepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan," kata TMJ dalam catatannya itu.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai prestasi skuad Harimau Malaysia yang kian merosot.
Khairy berkata beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekiranya ia dapat membantu meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#debat
#Harimau Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan