awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Muda A uji pasukan Kemboja 6 Mac Ini

Bernama
Bernama
26/02/2013
15:24 MYT
Harimau Muda A uji pasukan Kemboja 6 Mac Ini
Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Kemboja di Phnom Penh, Kemboja dari 4 hingga 7 Mac ini.
Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 22 pemain dipilih oleh ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk menyertai perlawanan itu.
Antara nama yang dipanggil Kim Swee untuk menyertai perlawanan berkenaan ialah penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar; pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shas; pemain tengah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan penyerang, Md Rozaimi Abdul Rahman.
Pasukan Harimau Muda A yang turut dikenali sebagai skuad bawah 23 tahun kebangsaan sebelum ini mengadakan empat perlawanan persahabatan pada Jelajah Australia, awal tahun ini yang menyaksikan mereka mencatatkan tiga kemenangan dan satu kekalahan.
Skuad berkenaan turut mempamerkan aksi membanggakan selepas mengikat pasukan kebangsaan Myanmar dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan di Yangon, Jumaat lepas.
Selepas perlawanan persahabatan di Yangon, skuad itu dijangka berlepas ke Slovakia untuk menjalani latihan intensif selama lima bulan bermula 15 Mac ini bagi persiapan mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.
Skuad itu dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan semasa di Slovakia.
Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur dan Piala Thanh Nien di Vietnam.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Harimau Muda A
#Kemboja
#perlawanan
#persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan