Pengurus Pasukan Piala Belia Bawah 19 Kedah, Haris Che Mat yang dilantik menjadi Penolong Pengurus Skuad Liga Super Kedah berjanji akan memberikan yang terbaik dalam khidmatnya ke arah membawa pasukan Kedah ke tahap yang lebih tinggi.
Mengakui tugas tersebut agar mencabar, beliau berharap akan mendapat kerjasama yang baik daripada pengurusan pasukan dan pemain kerana tahu pasukan Lang Merah bukanlah calang-calang dalam arena bola sepak negara.
"Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan pasukan yang cukup hebat dan saya terima amanah ini dengan harapan yang tinggi agar Kedah terus dapat menjulang lebih banyak piala selepas ini," katanya ketika mengulas mengenai pelantikannya yang berkuat kuasa 21 Dis lepas.
Jawatan tersebut sebelum ini disandang Farid Ahmad.
Haris berkata beliau menerima surat rasmi mengenai pelantikan itu beberapa hari lepas dan yakin keputusan itu dibuat KFA setelah melihat pencapaiannya dalam pembangunan bola sepak negeri.
Haris, 47, merupakan antara orang kuat dalam pembangunan pasukan belia Kedah malah baru-baru ini berjaya membawa pasukan Piala Belia Bawah 19 tahun negeri itu muncul sebagai juara.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata pelantikan Haris dipersetujui sendiri oleh Presiden KFA iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melihat kepada prestasi cemerlang Haris sebelum ini.
Ditanya mengenai jawatan pengurus KFA pula, Aminuddin berkata pihaknya setakat ini masih belum menerima surat pelantikan rasmi daripada Datuk Jeffery Low dan berkata perkara itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Haris baru-baru ini berjaya membawa pasukan Piala Belia Bawah 19 tahun negeri itu muncul sebagai juara. - Bernama
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.