awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Dunia: Mirnawan sambut baik cadangan beri ganjaran buat pemain

Astro Arena
Astro Arena
18/06/2022
21:00 MYT
Hoki Piala Dunia: Mirnawan sambut baik cadangan beri ganjaran buat pemain
MIRNAWAN: Saya sememangnya mengalu-alukan pertimbangan dan kenyataan daripada Perdana Menteri. - Foto Astro ARENA
BEKAS kapten skuad hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, yang juga merupakan pengurus pasukan negara, mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memberikan ganjaran buat pemain yang melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki di India awal tahun depan.
Skuad bimbingan Arul Selvaraj itu layak ke Piala Dunia selepas muncul naib juara Piala Asia di Indonesia bulan lalu.
Sebagai rekod, ia merupakan kali kesembilan Malaysia layak ke Piala Dunia dengan pencapaian terbaik adalah ketika menamatkan saingan di tempat keempat pada 1975.
Mirnawan menyambut baik cadangan pemberian ganjaran itu dengan berkata kepada Nadi Arena: "Saya sememangnya mengalu-alukan pertimbangan dan kenyataan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).
"Kerana sebagai bekas pemain dan pengurus pasukan skuad hoki negara, saya tahu apabila imbuhan diberikan kepada pemain, ia akan memberikan motivasi yang amat tinggi. Dengan itu, ia akan memastikan mereka lebih berusaha keras.
"Dan saya juga amat pasti bahawa pasukan hoki negara ketika ini berada di landasan terbaik dan betul untuk mendapatkan satu keputusan yang membanggakan dalam Piala Dunia yang akan datang ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Mirnawan Nawawi
#Piala Dunia
#hoki
#Ganjaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan