JOHOR BAHRU: Selepas dua tahun tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19, Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor kembali membuka tirai pada tahun ini.
Enam buah negara akan berentap dalam kejohanan yang bertempat di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru bermula 22 hingga 29 Oktober nanti.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kejohanan yang disertai Australia, Great Britain, Jepun, India, Afrika Selatan dan Malaysia itu dilihat menjadi platform terbaik dalam mempersiapkan skuad hoki negara menjelang Piala Dunia Hoki Remaja yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Disember tahun hadapan.
"Sebagai Presiden kita tak letakkan sasaran, hanya mahu melakukan yang terbaik. Ini kerana meletakkan sasaran umpama memberikan tekanan kepada pemain dan jurulatih. Ini platform untuk memberikan pemain muda pengalaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini pada Khamis.
Majlis pelancaran kejohanan disempurnakan Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim
selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menerusi sidang sama, KHM turut mengumumkan Penolong Ketua Jurulatih Hoki Kebangsaan, Muhammad Amin Rahim dilantik sebagai Ketua Jurulatih Hoki Remaja.
Pelantikan Amin itu bagi memastikan corak permainan dan strategi yang diterapkan dapat diselaraskan antara skuad senior dan remaja.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Sep 15 2022

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal pada sidang media pada Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor kali ke-10 di Persada hari ini. - Foto BERNAMA

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Niaga AWANI: Integriti | Perkasa prosedur salur dana bantuan elak 'buaya ekonomi'
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.

SOJC: Malaysia, Jepun terikat 2-2
Separuh masa menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sebelum Jepun bangkit pada suku ketiga minit ke-33.

Piala Dunia 2023: Skuad hoki remaja perlu 50 perlawanan antarabangsa
Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) adalah siri pertama perlawanan antarabangsa mereka selepas dua tahun terhenti.

Hoki Piala Sultan Johor muncul kembali, enam negara bakal bersaing - Subahan
Kejohanan hoki antarabangsa Piala Sultan Johor bawah 21 tahun kembali membuka tirai pada tahun ini.

SOJC: Peluang M'sia pertahan kedudukan ketiga musnah
Peluang skuad hoki remaja negara untuk mempertahankan kedudukan di tempat ketiga pada edisi lepas berkecai, selepas tewas 1-2 kepada Jepun pada hari keempat Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 20

SOJC: Skuad negara tetap bersemangat lawan Jepun esok
Biarpun Malaysia sudah terkeluar daripada saingan ke final SOJC 2016, skuad negara tetap bersemangat untuk menampilkan persembahan terbaik menentang Jepun esok.