awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Rekod baik lawan India beri harapan

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2015
11:04 MYT
Hoki: Rekod baik lawan India beri harapan
Tai Beng Hai mengharapkan rekod baik Malaysia menentang India memberi suntikan semangat kepada pemain di separuh akhir Liga Dunia.
Pengendali skuad Hoki negara, Tai Beng Hai mengharapkan rekod baik Malaysia menentang juara Asia, India memberi suntikan semangat kepada pemain menjelang aksi kelompok lapan terbaik separuh akhir Liga Dunia.Pasukan negara berjaya layak ke pusingan seterusnya setelah menamatkan cabaran di tempat ketiga Kumpulan B manakala India selaku naib juara Kumpulan A.
Pertembungan ini juga mencetuskan perassan gembira sedangkan Malaysia berjaya menewaskan India, skuad kesembilan terbaik dunia, di Piala Sulatan Azlan Shah pada bulan April lalu.
"Mana-mana pasukan yang kami berdepan pada peringkat suku akhir akan menentukan kelyakan ke Olimpik jadi kami harus bersedia" katanya.
Sementara itu, pengurus skuad Hoki negara, Stephen van Huizen menggesa pemain negara supaya tumpukan fokus sepenuhnya menentang pasukan kualiti tinggi.
"Skuad mereka dibarisi beberapa pemain yang berpengalaman dan pernah meraih pingat emas."
"Skuad yang diturunkan oleh India adalah skuad utama jadi kami perlu turunkan siapa yang kita ada lawan siapa yang mereka ada" katanya.
India juga dianggap laluan lebih mudah kerana mereka sudah layak awal ke Sukan Olimpik Rio, 2016 menerusi pingat emas Sukan Asia.
Namun, jentera serangan yuang dibarisi oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Shahril Saabah harus mempamerkan aksi yang lebih cemerlang berikutan kemarau gol dalam dua perlawanan.
Corak permainan ketika perlawnan menentang China dan Ireland harus menjadi inspirasi jika Malaysia ingin ke Olimpik, Rio.
Topic Berkaitan
#hoki
#Liga Dunia
#Tai Beng Hai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan