awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Skuad remaja menang lima aksi persahabatan di Perth

Bernama
Bernama
30/01/2023
21:00 MYT
Hoki: Skuad remaja menang lima aksi persahabatan di Perth
Dalam siri jelajah selama dua minggu di Perth, Australia, Skuad Remaja Lelaki Negara merekodkan lima kemenangan dan seri pada aksi terakhir pada Isnin. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan menamatkan siri jelajah selama dua minggu di Perth, Australia dengan rekod memberangsangkan, apabila memenangi lima daripada keseluruhan enam perlawanan persahabatan.
Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Universiti Curtin semalam, skuad remaja negara bimbingan Ketua Jurulatih Muhamad Amin Rahim, terlepas peluang membawa pulang rekod bersih selepas terikat 2-2 ketika berhadapan Western Australian Institute of Sport (WAIS) Bawah 21 Tahun (B-21).
Keputusan itu menyaksikan WAIS akhirnya berjaya mengikat anak buah Muhamad Amin pada percubaan keenam, selepas pasukan negara menang dalam lima perlawanan sebelum itu.
Skuad projek khas itu dijadual pulang ke Malaysia hari ini, bagi membuat persediaan menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang akan membuka tirai pada 9 Feb ini.
Mereka juga bakal menyertai beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Piala Asia Remaja yang tarikh dan venue masih belum dimuktamadkan, Sukan SEA Kemboja pada Mei, Piala Sultan Johor yang dijadual pada Oktober dan Piala Dunia Remaja, yang dijadual berlangsung di sini pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan
#Perth
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan